Jumaat, 12 April 2013

Karangan A+

Askum...
Akhirnya, ak dah dapat buat blog baru...
hu hu.. x susah lar... just sign up

Nurul baru terima results spm 2012 jugak, results y Nurul dapat x cantek sangat...
Tapi, Nurul leh kongsikan beberapa karangan yang Nurul pernah belajar dengan tutor Nurul(harap tutor ku x marah ak update karangan ni hehe).

Ni adalah karangan A+...


 “ Genggam bara api, biar sampai jadi arang.” Dalam mencari konklusi yang primitif, aneka idea haruslah digarap menerusi skop yang luas demi memenuhi persoalan yang berbaur di minda. Dalam meniti arus modenisasi ini, kita masih tetap mencari seberapa banyak kelemahan ataupun kelebihan yang cuba diperbaiki, sekaligus memantapkan noma hidup kita dalam peradaban pada masa kini. (kata kunci tajuk karangan) Salah satu unsur yang boleh dikaitkan dalam usaha kita mencari kesimpulan yang nyata termasuklah gangsterisme yang semakin berlegar-legar di benak fikiran kita.(Mengapa)Malaysia bukan sahaja dikejutkan dengan berita-berita berkaitan gangsterisme yang berleluasa di seluruh negara, malah kita sebagai warganegara Malaysia mampu menyaksikan kelibat fenomena ini di hadapan mata kita sendiri. (Contoh umum)Pelajar-pelajar sekolah dibuli, gadis-gadis bawah umur hidup meliar, serta penagihan dadah dan jenayah juvana menjadi saksi betapa gangsterisme semakin mencorakkan masyarakat pluralistik di bumi tercinta ini. Berpeluk tubuh tanpa sebarang resolusi dalam mencari konklusi itu akan pasti memundurkan mentaliti kita sebagai rakyat yang berhemah.(Persoalan) Maka, bangkitlah daripada lena, usah dibuai mimpi yang belum pasti. Bersama-sama kita menyusuri perspektif gangsterisme yang bertunjangkan faktor-faktor yang wajar untuk diketengahkan.
“ Berpijak biarlah di bumi yang nyata”. (Kata kunci isi pertama)Faktor yang sememangnya menjadi prioriti kita dalam hal ini pastinya tidak lain, tidak bukan berpunca daripada institusi keluarga yang kucar-kacir. (Mengapa)Hal ini demikian kerana ibu bapa yang gagal mengemudi hala tuju keluarga mereka semestinya menyebabkan anak-anak mereka memberontak dek tekanan seharian yang harus ditempuh. (Huraian)Melibatkan diri dengan gejala gangsterisme menjadi jalan penyelesaian bagi anak-anak  yang sudah akil baligh dalam menilai setiap lumrah hidup yang dilalui. (Contoh)Tamsilannya, anak-anak yang lari dari rumah sudah tentu ingin meloloskan diri daripada ketegangan harian yang sering menjadi panorama sebelum dan selepas waktu persekolahan.(Huraian contoh)Terdapat jua alternatif lain bagi anak-anak untuk lari daripada masalah kekeluargaan seperti membuat laporan kehilangan kepada pihak polis, sedangkan anak-anak yang dilaporkan hilang sebenarnya tenang untuk hidup bersama kekasih ataupun rakan-rakan yang terjerumus ke dalam kanca gangsterisme sudah cukup idzhar memaparkan keinginan para gangster akan keluarga bahagia yang harmoni dan bebas daripada sebarang perbalahan. Seperti pepatah “ Sudah tahu, bertanya pula”. (Kesimpulan isi)Sudah jelaslah di sini bahawa faktor kekeluargaan menjadi ‘dalang’ yang memangkinkan senario ini untuk terus menjalar dalam penghidupan madani.

(Contoh)Umum mengetahui, zaman remaja ketika dalam di bangku sekolah mewajarkan persahabatan yang berpuak-puak ataupun berkelompok. (Huraian contoh)Interaksi sedemikian mampu mengundang pengaruh yang kuat sehingga menjadikan seseorang individu sebagai  Pak Turut dalam segala peraturan ataupun kebiasaan seperti memeras ugut dan juga buli dalam kalangan pelajar yang biasanya dilakukan oleh golongan senior. (Kata kunci isi kedua)Contoh ini sinonim dengan faktor pengaruh rakan sebaya yang member impak yang drastik dalam hal ini.(Mengapa)Kesungguhan mereka dalam menuruti segala ketetapan dalam persahabatanmenyebabkan darah muda para remaja terangsang untuk menjadi lebih liar, lebih ganas.(Huraian)Ahli-ahli kumpulan yang diwajibkan untuk membuli pelajar lain sewenang-wenangnya melaksanakan rutin tersebut tanpa sebarang pertimbangan yang wajar. (kesimpulan isi)Dengan ini, isu gangsterisme mempunyai ikatan yang kukuh dengan punca yang beralaskan pengaruh rakan sebaya yang durjana. (Peribahasa sesuai untuk isi)Bak kata orang-orang lama, “ Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. “Kerana silap pilih kawan, hidup pun terombang-ambing dalam kekeliruan.
(kata kunci isi ketiga)Pengaruh media massa yang semakin ligat mengeksplorasi  budaya Barat ke dalam bentuk eletronik dan percetakan tidak perlu dipertikaikan lagi dalam menjadi sebahagian daripada faktor-faktor gangsterisme.(Contoh) Wayang-wayang Hollywood seperti The Fast and the Furious amat popular untuk dijadikan sebagai “bahan rujukan” bagi pengamal gangsterisme, di samping dibekalkan dengan teknik-teknik perlumbaan haram dan juga perjudian. (Huraian contoh)Budaya yang tersemat dalam setiap plot yang wujud dalam perjalanan cerita tersebut juga diasimilasikan menerusi media cetak seperti majalah Galaxie yang terlibat sama dalam propaganda dunia hiburan Eropah yang sarat dengan nilai negatif. (Mengapa)Keadaan inilah yang memungkinkan senario gangsterisme yang bertapak di bumi Malaysia menjadi topik hangat dalam Parlimen dan juga di dada-dada akhbar.(Huraian)Atas dasar ingin mengaut keuntungan yang lebih, syarikat-syarikat percetakan dan penyiaran tidak teragak-agak mengorbankan profesionalisme mereka dalam mendidik masyarakat ke arah yang lebih dinamik dan berintegriti dengan meracuni pengamatan penonton dan pembaca dengan unsur-unsur Barat yang agresif .(Kesimpulan isi)Oleh itu, media massa yang sepatutnya menjadi wahana pemikiran rakyat tidak mustahil menjadi pemangkin kepada penularan penyakit sosial seperti gangsterisme itu sendiri. (Peribahasa yang sesuai)Seperti kata pepatah orang-orang tua,Harapkan pagar, pagar makan padi.”

(Peribahasa yang sesuai)Di mana ada asap, di situ ada api. Di mana ada masalah, di situ ada punca “.(Mengapa)Anak-anak muda yang mempunyai pengetahuan agama yang kukuh tidak mungkin begitu mudah terjerumus ke dalam kanca gangsterisme yang membawa padah. (Huraian)Dominasi gangster di Malaysia yang direkodkan mengakui bahawa pengetahuan agama dalam kehidupan sehari-hari sememangnya rapuh dari segi  amalan dan renungan. (Kata kunci isi keempat)Lantaran itu hingga kini, punca yang seterusnya boleh membangkitkan perkembangan idea berhubung skop gangsterisme bolehlah berlandaskan kata kunci kelemahan pegangan agama yang harus dielakkan dalam sanubari setiap insan. (Contoh)Sebagai contoh, gadis-gadis sunti yang menjadi taruhan dalam setiap perjudian ataupun perhitungan dalam kalangan gangster adalah mereka yang langsung tidak menghiraukan dosa dan pahala seperti yang ditekankan dalam agama Islam, Kristian mahupun Hindu dan Buddha. (Huraian contoh)Dengan rela hati yang dikuasai nafsu yang serakah, ramai gadis yang hidup dibelenggu gangsterisme sudah menjadikan seks dan pergaduhan sesama gadis lain sebagai kehidupan yang sempurna bagi mereka. (Kesimpulan isi)Pendek kata, pudarnya nilai agama daripada diri seseorang pastinya membolehkan tiang kehidupan menjadi goyah dalam mengharungi liku-liku di lembah dosa.

(Kata kunci isi kelima)Tidak cukup dengan itu, semangat ingin tahu yang meluap-luap dalam sukma seseorang individu juga mempunyai kebarangkalian yang jitu untuk dikonotasikan bersama di bawah prospek faktor-faktor gangsterisme dalam entiti moden ini.(Mengapa)Semangat ingin tahu inilah yang membolehkan segala perancangan untuk melakukan anjakan paradigma dalam hidup dapat dilaksanakan tanpa menyedari hakikat akan kebaikan ataupun keburukan perubahan tersebut. (Huraian)Lazimnya, komuniti yang hidup berpengang teguh pada gangsterisme datang daripada golongan yang gemar memerhati alam sekeliling sambil membuat pernilaian kendiri berkenaan kebiasaan’ yang wujud dalam kehidupan mereka. (Contoh)Faktualnya,kanak-kanak yang dibesarkan di kejiranan yang didiami oleh para gangster lambat-laun akan merasakan gangsterisme sudah sebati di dalam diri mereka sehingga mereka mudah memutuskan untuk terus hidup dengan gaya hidup sebegitu. (Huraian contoh)Sungguhpun ibu bapa membesarkan mereka dengan larangan untuk mengorak langkah sebagai gangster, perasaan inkuiri ataupun ingin tahu masih tetap menguasai pendirian mereka dalam jangka masa yang panjang. (Peribahasa yang sesuai)Sama ada mereka sanggup ataupun tidak, peribahasa  “ Pipit hendak menjadi enggang” seharusnya menjadi renungan dalam konteks ini.(Kesimpulan isi) Jadi, semangat ingin tahu yang lahir dengan sendirinya bukan sahaja logik untuk dijustifikasikan, malah menjadi taruhan yang ideal dalam mengukuhkan persepsi kita tentang gangsterisme dalam masyarakat.

(Kata kunci penutup)Sebagai konklusinya, terdapat banyak faktor yang boleh diselitkan menerusi gangsterisme dalam kehidupan yang semakin mencabar ini. Tiada lautan yang tidak bergelora, tiada bumi yang tidak ditimpa hujan. Kehidupan yang semakin meniti arus modenisasi yang bergolak seharusnya lebih rancak mendepani sebarang kemungkinan pada masa hadapan. (Harapan)Andai gangsterisme menjadi salah satu kemungkinan itu, maka tindakan yang progresif perlu diambil yang bukan sahaja melibatkan Malaysia sendiri, malah Negara-negara maju dan membangun juga seharusnya berganding bahu menyelesaikan permasalahan yang timbul sebelum melangkah ke tahap yang lebih kronik. (Peribahasa yang sesuai)Bak kata pepatah, “ Mencegah lebih baik daripada mengubati “. Gangsterisme dicegah, kehidupan sejahtera.



Font tebal - ayat tersedia (hanya utk d hafal)
Font condong - ayat sendiri (reka ayat anda)
Font berkurung - Petunjuk isi

Belajarlah isi ayat anda yar,...Nti Nurul apdate blog dengan karangan yang lain..k